Assalamualaikum...


Pimp My Profile

Monday, April 3, 2017

bila repeat paper!!

salam semua, alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik.. tujuan abang post entry ni sbb nak tolong atau guide kepada yang tak tahu dan pertama kali repeat paper.. buat pengetahuan semua abang adalah seorang graduan uitm, uitm mane?? rahsia.. hahaha..

semua tahu bila dapat result dan perkara pertama yang dilihat dengan takot-takot ialah anda repeat atau tak, mungkin tak semua yang mcm ni, tapi mostly, student akan mcm ni baru tgk pointer.. hehehe.. macam abang, result uitm dihantar melalaui email, dan secara rasmi di ilearn, kalau ipta lain tak tahu lah kaedahnya.. apabila anda dapat result, then nasib tak baik ada paper repeat, apa yang anda harus lakukan.. itulah tujuan murni abang based on my experience.. jangan patah hati, jgan hilang semangat ye adik2, sbb abang kalau cerita ni bukak aib abang, tapi niat abang nak tolong, bukan nak bangga diri atau apa, abang pernah repeat 4 paper mase sem 1 diploma dulu, terkejut kan?? Alhamdulillah abang dapat survive sampai degree.. dapat lah rase dekan sampai lah pointer 2.2 pun pernah rase.. tapi bukan ni yg abang nak cerita, nnt abang buat entry lain pasal ni er..

okayh, bila anda dapat tahu yang ada paper repeat, perkara pertama yang harus anda lakukan ialah muhasabah diri, nak nangis, nangis lah, luah kan malam tu juga, ingat!! hanya malam tu atau hari tu je.. anda boleh simpan sorang2, nak rahsia pun boleh, tapi dari tanggung sorang2 better cari someone yg anda percaya utk kongsikan.. sebab anda dah lakukan sehabis baik.. percayalah ada hikmah yang dirancang sebaiknya oleh ALLAH.. lepas dah nangis semua tu, lega kan?? jgn risau time ni lah nak bertindak!! abang nak cakap ada 2 jenis repeaters ni iaitu yang boleh handle sendiri dan yang tak boleh handle sendiri.. ketegori yang boleh handle sendiri ni biasenya tiade langsung masalah dari nak daftar subjek, kelas, dan sebagainya dari A to Z.. yg kategori yg tak boleh handle sendiri ni pulak yang ada masalah untuk daftar, cari kelas dan sebagainya.. dedua boleh jadi pada kita..

persoalan atau masalah yang akan timbul:
1. lepas dapat result, then ade repeat, then bila pendaftaran subjek dibuka, subjek yang kita repeat tu secara automatik telah disenaraikan di pilihan subjek tu.. cth, subjek yg anda repeat tu STA404, then sem baru ni secara automatik subjek tu telah didaftar, tetapi tanpa group kelas, itu yang anda perlu car nanti..anda juga boleh ambil subjek tu sem lain, tapi kene drop dulu sunjek yang taknak amik.. caranya, kena jumpa PA korang untuk minta drop subjek tu atau direct dengan HEA kene isi borang kalau tak silap.. faham??

2. jika kredit hour dah penuh dan tak cukup nak tambah subkek lain macam mana pulak?? haaa... ini pun akan terjadi kalau course atau program anda yang jenis 6-7 subjek satu sem.. percayalah abang penah 9 subjek satu sek dengan 25 kredit hour!! normally, kredit hour yang dibenarkan ialah 21 je, tapi PA boleh daftarkan kita sehingga 23 atau 24 kredit hour dengan perbincangan dan tapisan dari fakulti.. mmg anda akan struggle gila ya sem tu.. abang dah rase dah, assigment kau banyak.. matilanak.. xpe, itupun kalau anda nak grade on time, kalau tak kisah extent pun, baiklah amik sikit2 je... yang penting dengarlah nasihat PA korang tu ya, jgn degil2..

3. group kelas junior penuh macam mana pulak?? tak semestinya kita hanya boleh masuk kelas junior yang satu program jugak.. selagi kod subjek tu sama, kita boleh masuk mana2 kelas sekali pun.. jika tiade group yang kosong untuk anda daftarkan, pergi hea, mintak dieorang bukakan atau tambahkan kuota kelas itu untuk anda.. pesanan abang jgn sombong atau buli junior anda, sn khuatir anda kan masuk kelas sama dengan dieorang.. padah untuk anda sbb akan dipulau oleh dieorang.. beramah mesra lah ye dgn junior, sbb perkara begini mungkin terjadi..

pesanan abang buat mereka yang repeat paper ni jgn lah putus asa, sbb bukan anda saje yg melalui nya, ramai yang mcm ni juga, jgn segan, sbb mungkin rakan anda juga repeat paper yg sama, ber geng lah dgn dieorang then kauteam daftar group sama, sbb muka anda akan tebal nila masuk kelas repeat tu.. endahkanya, buat yg terbaik, ingat peluang kedua tu.. takan nak biarkan pisang berbuah dua kali, gittew.. hahaha.. inshaALLAH anda boleh survive.. berdoa, tawakal dan berusahalah.., lantakan yg pandang rendah dekat anda, ingat dunia ni berputar, keatas kebawah.. inshaALLAH  kita akan berjaya.. abang dapat survive sampai degree walau tak cemerlang, bermakna anda juga boleh, repeat paper bukan penamat hidup anda ya, bangun lah dari kejatuhan, anda bertuah kerana dapat pengalaman jatuh sebelum berjaya.. abang harap, post abang kali ni dapat membantu korang semua ya.. doakan kejayaan abang dimasa hadapan, sbb abang juga mendoakan korang.. muah ciked..

LAKSA JOHOR by faizi othman

salam semua.. abang tuari baru tgk taste selebriti dekat astro.. time tu rancangan di dibuat dekat johor tempat tumpah darah ku, pengacara dia mawi.. org johor tu.. hahaha.. kena carutlah abang dgn haters johor ni kang.. dek terliur mawi makan laksa johor pakai tangan, anang satu family dah craving nak makan laksa johor.. dan-dan esok bapak abang beli ikan kembong sruh masak laksa johor!! so, abang nak share lah ya pada kome-kome yang nak try cuba nak masak laksa johor ni.. nah resepi nye.. abang punya style kay..

 Bahan-bahan:
1 pkt    spaghetti (direbus)
1kg      ikan kembung/mabong (direbus daan dikisar halus isinya)
3 biji    bawang besar(dikisar)
3 ulas   bawang putih(dikisar)
3 sudu rempah kari ikan BABA’S (dibancuh)
3 sudu rempah kari daging BABA’S (dibancuh)
3 sudu serbuk cili BABA’S (dibancuh)
3 sudu kerisik
1 mgkk            santan
            gula
            garam
            serbuk perasa

Bahan-bahan hiasan:
1 btg    timun (dihiris)
300gm tauge (dibuang ekor)
200gm daun kesum (dihiris halus)
1 pkt    jeruk lobak
10biji   limau kasturi (dibelah dua)


bahan-bahan sambal belacan:
10 tgki cili merah
50gm   belacan (dibakar)
4biji     limau kasturi
            garam
            gula

cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar (bawang besar dan putih) sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukan rempah kari ikan, daging, dan serbuk cili yang telah dibancuh. Biarkan sehingga naik minyak sekali lagi.
3. Seterusnya, masukan isi ikan yang telah dikisar dan biarkan sehingga mendidih.
4. Setelah mendidih masukan kerisik, santan, dan perasakan secukupnya dengan garam, gula, dan serbuk perasa.
5. Apabila kuah memekat dan mendidih, boleh dihidangkan.

okayh pada asalnya laksa johor ni menggunakan mee laksa beras asli ala yang mcm laksa peneng tu, tetapi telah diolah dengan menggunakan spaghetti.. kalau orang johor mesti akan guna spaghetti lah.. sebab abang mention serbuk kari babas? sbb konon2 nak mcm dalam buku resepi lah.. mana tahu babas nak amik resepi abang ke.. hahhaha.. so, terliur tak?? selamat ya mencuba resepi abang ni.. muah ciked..

maaf kan diri ini..

salam semua.. apa khabar?? tajuk sedih tak?? lama abang menyepi sebab mode nak menaip tu takde.. tapi tergerak hati nak menulis malam ni.. sebenarnya dah lama tersedar dan mungkin pemikiran sekarang ni berbeza dengan yang dulu.. mungkin dulu sifat matang tu belum ade, bukan juga nak cakap sekarang ni dah matang, cuma terdetik hati bila baca balik post2 abang yang dulu-dulu... timbul rasa malu kecewa dan meluat.. hahaha.. nak padam tak sanggop, biarlah ia menjadi kenangan then penanda aras untuk anda kenali abang dari dulu dan sekarang..

dulu abang menulis blog tanpa pikir apa-apa mesej nak disampaikan, rata-rata post abang ni semuanya berteraskan nafsu dan kosong.. sedih abang tgk, ramai yang masuk blog abang, dan keluar tanpa apa-apa input dek apa yang abang tulis.. maaf kan abang sebab blog abang tiada manfaat ya.. tapi apakan daya..kesedaran tu baru timbul sekarang.. sebenarnya sekarang baru terdetik nak mengubah atau repar apa yang kurang di blog abang ni.. inshaALLAH blog abang lepas ni lebih berfaedah dan dapat membantu anda semua untuk perkara yg bermanfaat.. doakan abang ya..